
Wednesday, December 16, 2009
Monday, November 23, 2009
Apabila merasa lebih


Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas.
AL-'Alaq ayat 6

Apabila melihat dirinya serba cukup.
AL-'Alaq ayat 7.
ALLAH MAHA TAHU ciptaan-NYA. Manusia menjadi sombong apabila dia merasa lebih dari orang lain. Dari segi. Ilmunya. Hartanya. Paras wajahnya. Pemikirannya. Kedudukannya.
Monday, November 2, 2009
Seksaan Allah

Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina
namun kuasa Allah boleh mengatasi
dengan cukup sekadar berkata "kun faya kun".
Salam perjuangan
Apabila Allah hendaklah
menimpakan 'bala' kepada
sesuatu kaum,
dengan orang yang jahil,
yang derhaka
dan YANG ALIM,
YANG ABID
semua sekali akan
dimusnahkan.
Kita hendaklah memandang
dengan hati. Dengan nur bashiroh.
Bukan hanya setakat dengan mata
dan logik akal semata-mata.

Dan peliharalah dirimu dari seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Ketahuilah bahawa Allah sangat keras seksa-Nya.
Al-Anfal 25
Keterangan:
Jika Allah hendak menimpakan bala kepada sesuatu kaum yang zalim, bala itu akan turut dirasai oleh orang yang lain yang tidak berbuat zalim. Lihat saja apa terjadi dengan kaum A'ad dan kaum Thamud yang ditelan bumi.
Sunday, November 1, 2009
Air Mata

Dan apabila mereka mendengarkan apa (Al-Quran)yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri), seraya berkata, "Ya Tuhan, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kebenaran Muhammad).
Al-Ma'idah 83
Saturday, October 31, 2009
Oh Ibu dan ayah

“Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkan dengan susah payah. Masa mengandung sampai bercerai susu selama tiga puluh bulan dan umurnya mencapai empat puluh tahun , dia berdoa, “Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu, yang telah Engkau redhai yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim.”
Al-Ahkaf ayat 15
Subscribe to:
Posts (Atom)