Tuesday, February 9, 2010

Solat Jenazah



Takbir Pertama - Al-Fatihah
Takbir Kedua - Selawat




Tuesday, January 26, 2010

Doa Solat Dhuha







Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Monday, November 23, 2009

Apabila merasa lebih



Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas.

AL-'Alaq ayat 6



Apabila melihat dirinya serba cukup.

AL-'Alaq ayat 7.


ALLAH MAHA TAHU ciptaan-NYA. Manusia menjadi sombong apabila dia merasa lebih dari orang lain. Dari segi. Ilmunya. Hartanya. Paras wajahnya. Pemikirannya. Kedudukannya.

Monday, November 2, 2009

Seksaan Allah



Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina
namun kuasa Allah boleh mengatasi
dengan cukup sekadar berkata "kun faya kun".





Salam perjuangan


Apabila Allah hendaklah
menimpakan 'bala' kepada
sesuatu kaum,
dengan orang yang jahil,
yang derhaka
dan YANG ALIM,
YANG ABID
semua sekali akan
dimusnahkan.

Kita hendaklah memandang
dengan hati. Dengan nur bashiroh.
Bukan hanya setakat dengan mata
dan logik akal semata-mata.



Dan peliharalah dirimu dari seksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Ketahuilah bahawa Allah sangat keras seksa-Nya.


Al-Anfal 25


Keterangan:

Jika Allah hendak menimpakan bala kepada sesuatu kaum yang zalim, bala itu akan turut dirasai oleh orang yang lain yang tidak berbuat zalim. Lihat saja apa terjadi dengan kaum A'ad dan kaum Thamud yang ditelan bumi.

Sunday, November 1, 2009

Air Mata



Dan apabila mereka mendengarkan apa (Al-Quran)yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri), seraya berkata, "Ya Tuhan, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kebenaran Muhammad).

Al-Ma'idah 83